Saturday, October 23, 2010

Kisah benar yang diceritakan oleh seorang sahabat

Hayatilah... .....
Apa yang diceritakan oleh sahabat saya ( kisah benar )

Roshaizad berusia 38 tahun mempunyai seorang isteri berusia 32 tahun yang
cantik dan baik hati. Suri rumahtangga sepenuhnya. Dikurniakan dua orang
anak lelaki berusia 8 dan 6 tahun. Beliau berkerja di sebuah syarikat
antarabangsa sebagai maintenance engineer di samping memegang jawatan
sebagai penyelia Emergency Responce Team ( ERT ) di kilangnya. Tugasnya
agak sibuk dan adakalanya berkerja sehinga lewat malam dan juga di hujung
minggu.

Januari 2009, beliau telah terlibat di dalam kemalangan jalanraya sewaktu
ke tempat kerja pada kira-kira jam 7.30 pagi.Kereta yang dipandunya
bertembung dengan sebuah van kilang sewaktu dia cuba memotong sebuah van
kilang yang lain di sebuah selekoh di Gurun, Kedah.

Beliau telah koma selama 3 hari dan dirawat di sebuah hospital pakar
selama 47 hari lagi.Saya di antara orang yang awal sampai di hospital
selepas mendapat panggilan dari isterinya. Saya juga di antara orang yang
pertama dilihatnya selepas beliau sedar dari koma selepas isteri dan
doktor yang merawatnya.


Sewaktu beliau koma

Beliau telah didatangi oleh seorang malaikat dan mengatakan padanya usia
beliau hanya tinggal 1 jam saja iaitu pada hari Ahad, jam 1.45
petang.Walau bagaimanapun Allah akan menangguhkan kematiannya sekiranya
ada 50 orang yang mendoakan secara ikhlas akan panjang usianya. Beliau
agak kebinggungan ketika itu.Beliau bertanyakan sudah ada berapa orangkah
yang mendoakannya secara ikhlas sehingga kini. Jawab malaikat itu hanya
baru 3 orang. Malaikat menunjukkan sesiapakah orang-orang itu. Dilihatnya
insan itu ialah isteri beliau yang bercucuran airmata sejak hari pertama
lagi beliau di hospital itu dan juga kedua anak beliau yang sedang tidur
tergolek di kerusi menunggu pesakit di luar wad.

Malaikat itu juga telah memperlihatkan akan mereka yang mendoakannya iaitu
kawan-kawannya termasuk saya, ahli kariah masjid yang membacakan surah
yasin untuknya. Ibubapanya, ibubapa isterinya, adik beradik, sahabat
handai dan rakan sepejabat. Kesemua di antara mereka telah melawatnya dan
mendoakannya tetapi tidak diterima oleh Allah. Beliau bertanya kepada
malaikat itu, mengapa doa mereka tidak diterima. Malaikat menjawab, tiada
keikhlasan 100% di hati mereka.

Masa kian suntuk. Dia pun tidak tahu mengapa malaikat memperuntukkan masa
yang begitu singkat kepadanya untuk hidup di dunia ini. Apa yang terjadi
padanya kini. Dia pun kurang pasti. Malaikat terus menunggu dan melihat
waktu yang kian menghampiri jam 1.45 petang.Hanya tinggal 10 minit lagi.
Adalah mustahil untuk mencari 47 orang yang ikhlas mendoakan panjang
usianya dalam masa sesingkat itu. Dia bertanyakan malaikat itu, adakah
tuan akan mencabut nyawa sekiranya saya gagal mendapat 47 orang berkenaan,
Jawan Malaikat "Ya:.

Kurang dari 1 minit, malaikat menghampirinya dan berkata, Allah
mengkabulkan doa mereka yang mendoakan panjang usia anda. Anda berjaya
mendapat 50 orang ikhlas yang berbuat demikian. Roshaizad bertanya,
siapakah orang-orang itu. Malaikat menunjukkan mereka itu. Mereka adalah
jemaah anak yatim yang baru saja menunaikan solat dzohor sebentar tadi dan
berdoa untuk anda. Anda pernah pergi ke rumah anak-anak yatim berkenaan
pada bulan Ramadhan yang lalu dan pernah menghulurkan bantuan kewangan.
Mereka telah terbaca di dalam akhbar harian berkenaan kemalangan anda dan
dzhor tadi mereka telah bersolat dan berdoa untuk anda. Doa ikhlas mereka
diterima Allah swt. Malaikat itu kemudiannya ghaib dan tepat 1.45 petang
Roshaizad tersedar dari komanya dan meraung kesedihan.

Isteri beliau yang ada di sisinya turut menanggis dan juga saya. Saya
sebenarnya tidak tahu pada ketika itu apa yang berlaku padanya di dalam
komanya dan mengapa beliau menanggis selepas sedar dari komanya.

Setelah beberapa ketika barulah cerita di atas ini diceritakan pada saya
untuk tatapan anda sekelian.

Apa yang disesalkan:

1.Beliau telah mengabaikan masa santai bersama isteri dan anaknya kerana
mengejar duit dan tanggungjawab kerja. Sedangkan isteri dan anak-anaknya
amat sayang padanya dan doanya amat ikhlas.

2.Dia telah mengabaikan tanggungjawab sosial dengan jiran dan masyarakat
sekeliling dan ini menyebabkan mereka tidak ada rasa kasih pada saya
kalaupun saya mati

3.Dia telah mengabaikan dan tidak menepati janji-janji pada kawan-kawan
sehingga kawan-kawannya marah padanya dan sehingga doanya tidak ikhlas.
termasuk dengan saya.

4.Beliau jarang pergi masjid kecuali pada hari Jumaat dan ini menyebabkan
jemaah masjid kurang mengenalinya dan menyebabkan doanya tiada keikhlasan

5.Beliau jarang memberi sedekah dan amal jariah. Nasiblah sumbangan ke
rumah anak yatim yang diberikan tempoh hari atas desakan isteri beliau.

6.Beliau jarang bertolak ansur dengan kakitangannya walaupun hal-hal yang
remeh. Ini menyebabkan kakitangannya membencinya dan doa mereka juga tiada
keikhlasan.

7.Beliau jarang berkunjung ke rumah adik beradik dan takut adik beradik
meminjam wang dengannya. Ini menyebabkan juga tiada keikhlasan dari
mereka.

8.Beliau banyak kali menyakiti hati hati ke dua ibubapanya kerana tidak
menunaikan janji untuk balik ke kampung pada hari-hari tertentu lantaran
kerja beliau. Ini menyebabkan ibubapanya marah. Kes ini hanya Allah yang
tahu.

9.Beliau gagal menunaikan solat pada waktunya lantaran kerja beliau atau
adakalanya tertinggal terus terutamanya solat Asar

10.Beliau tidak menunaikan zakat walaupun beliau memang layak berbuat
demikian.


Sahabat:

Allah masih sayang pada sahabat saya ini ataupun ianya untuk memberi
pengajaran pada kita melalui tulisan saya ini. Ambillah ikhtibar dari
cerita ini.

Dirikan solat tepat pada waktunya, keluarkanlah zakat. Luangkan masa
bersama keluarga.Imarahkan masjid selalu. Baliklah selalu lihat wajah
ibubapa kerana Allah akan memberikan pahala ke atas perbuatan kita itu.
Berbaiklah dengan jiran dan kenalilah mereka.Bertolak ansurlah dengan
mereka yang memerlukan. Ingat! kita akan dapat apa yang kita telah beri.
Selalulah memberi.

No comments:

Post a Comment